Hanya 13 jemaah sahaja melibatkan pegawai dan jawatankuasa kariah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di semua masjid di negeri Kedah sepanjang tempoh penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown' yang akan bermula pada Selasa.
Menurut Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Najmi Ahmad, semua program keagamaan, majlis ilmu serta aktiviti sosial dan kemasyarakatan, juga tidak dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau di Kedah sepanjang tempoh berkenaan.